Assalamualaikum.....
Kenapa cemburu? haha dah macam tak ada topik lain nak sembang kan... tapi topik ni pun agak hot juga dalam kalangan orang-orang yang sedang bercinta sekarang ni... betul tak? tapi persoalannya cemburu ni bagus ke tidak ye? jawapannya mesti berbeza bergantung pada sesuatu situasi...
SITUASI 1 (sedang bahagia bercinta)..... hehe
"awak... apa pendapat awak tentang cemburu?"
"saya rasa cemburu ni bagus sebab itu tanda sayang kita kepada si dia... kalau kita buat tak tahu je mesti dia rasa kita tak sayang kan dia." *dengan sengih-sengih kambing menjawab .... huhu
SITUASI 2 ( sedang dalam krisis) ....
"awak ... apa pendapat awak tentang cemburu?"
" saya rasa cemburu nie tak bagus langsung. awak nak tahu, sebabkan cemburu la saya dengan si dia bergaduh... dia cemburukan saya sebab bekas teman istimewa saya bagi kad jemputan perkahwinan dia dengan orang lain... tak faham betul la.... " *dengan mengeluhnya menjawab... sebarang senyuman pun tak ada.... haha
haha nampak tak dekat situ... pasal bekas teman istimewa bagi kad jemputan kahwin pun cemburu bagai nak rak.....
tak patut la macam ni...
perkara sekecil zarah pun nak bergaduh berperang macam nak rebut tanah jajahan... sememangnya lumrah manusia berasa cemburu tu. Apetah lagi yang sedang bercinta kan.... cuma cara kita menghadapi tu yang membezakan setiap orang. kalau kita rasa cemburu ni boleh merapatkan hubungan kita dengan pasangan, tak mengapalah.. cemburu la banyak-banyak kali pun tak kisah tapi kalau cemburu ni boleh membawa kepada pergaduhan besar....yang tu kena hati-hati...
Pokok pangkalnya hati pasangan masing-masing dan cara bagaimana mereka selesaikan masalah tersebut. menurut statistik, yang selalu cemburu ni insyaAllah wanita ... kan3 hehe... tapi ada juga lelaki cemburu cuma tak berapa ketara je.
Jadi kaum Adam yang ada teman wanita tu faham-faham la. kadang-kadang,
wanita ni tak nak banyak cuma penjelasan yang jelas dan terang je.
Tu pun dah cukup untuk redakan cemburu mereka.
Jangan la bila si wanita ni cemburu kamu makin buat sesuatu yang boleh memaksimakan cemburu dia tu... memang meletus la gunung berapi jawabnya hehe....
Kaum hawa juga sama...
jangan kata kaum adam je yang perlu hati-hati...
kamu pun perlu..
kalau nak tahu, lelaki ni memang susah nak tunjuk rasa sayang dia dan rasa cemburu dia.
tapi kamu boleh tengok semua tu dari gerak gaya atau perangai dia.
mereka ni susah nak berterus terang tentang ketidaksukaan nya akan sesuatu perkara sebab mereka takut kalau terguris hati orang yang mereka sayang.
jadinya, kamu kena faham-faham sendiri la.
lelaki ni pula kalau dia dah sayang kan seseorang dia tak akan cari lain...
InsyaAllah kalau hati dia kuat :)
satu lagi,
kalau kamu dah tahu apa yang dia cemburukan jangan la cari pasal nak buat lagi...
mane tak nya, perempuan ni kan suka test2 samada lelaki tu betul-betul sayang kan dia ke tak... hahaha
kalau dah tahu tu tak payah la test2 lagi...
Sentiasalah berdoa kepada Allah supaya hati dia tetap untuk kamu seorang :)
Dalam perhubungan memang banyak dugaannya..
Jadi, kenali la pasangan kamu baik-baik dan sentiasalah positif dalam hubungan kamu....
InsyaAllah kekal hingga akhir hayat :)
definisikan cemburu mengikut cara kamu sendiri kerana jika kamu positif kan cemburu tu maka jadilah positif kalau kamu negatif kan cemburu tu.... sendiri tahu la ape bakal jadi hehehe
Itu sahaja untuk hari ini..... jumpa lagi....
sedikit fakta hehe....
Wassalam....m.a z..... ^_^




No comments:
Post a Comment