Wednesday, 26 December 2012

cemburu baik ke tidak???

Assalamualaikum.....


Kenapa cemburu? haha dah macam tak ada topik lain nak sembang kan... tapi topik ni pun agak hot juga dalam kalangan orang-orang yang sedang bercinta sekarang ni... betul tak? tapi persoalannya cemburu ni bagus ke tidak ye? jawapannya mesti berbeza bergantung pada sesuatu situasi... 

SITUASI 1 (sedang bahagia bercinta).....  hehe
"awak... apa pendapat awak tentang cemburu?"
"saya rasa cemburu ni bagus sebab itu tanda sayang kita kepada si dia... kalau kita buat tak tahu je mesti dia rasa kita tak sayang kan dia." *dengan sengih-sengih kambing menjawab .... huhu



SITUASI 2 ( sedang dalam krisis) .... 

"awak ... apa pendapat awak tentang cemburu?"
" saya rasa cemburu nie tak bagus langsung. awak nak tahu, sebabkan cemburu la saya dengan si dia bergaduh... dia cemburukan saya sebab bekas teman istimewa saya bagi kad jemputan perkahwinan dia dengan orang lain... tak faham betul la.... " *dengan mengeluhnya menjawab... sebarang senyuman pun tak ada.... haha 


haha nampak tak dekat situ... pasal bekas teman istimewa bagi kad jemputan kahwin pun cemburu bagai nak rak.....  
tak patut la macam ni... 
perkara sekecil zarah pun nak bergaduh berperang macam nak rebut tanah jajahan... sememangnya lumrah manusia berasa cemburu tu. Apetah lagi yang sedang bercinta kan.... cuma cara kita menghadapi tu yang membezakan setiap orang. kalau kita rasa cemburu ni boleh merapatkan hubungan kita dengan pasangan, tak mengapalah.. cemburu la banyak-banyak kali pun tak kisah tapi kalau cemburu ni boleh membawa kepada pergaduhan besar....yang tu kena hati-hati... 

Pokok pangkalnya hati pasangan masing-masing dan cara bagaimana mereka selesaikan masalah tersebut. menurut statistik, yang selalu cemburu ni insyaAllah wanita ... kan3 hehe... tapi ada juga lelaki cemburu cuma tak berapa ketara je. 

Jadi kaum Adam yang ada teman wanita tu faham-faham la. kadang-kadang, 
wanita ni tak nak banyak cuma penjelasan yang jelas dan terang je. 
Tu pun dah cukup untuk redakan cemburu mereka.
 Jangan la bila si wanita ni cemburu kamu makin buat sesuatu yang boleh memaksimakan cemburu dia tu... memang meletus la gunung berapi jawabnya hehe....

Kaum hawa juga sama... 
jangan kata kaum adam je yang perlu hati-hati... 
kamu pun perlu.. 
kalau nak tahu, lelaki ni memang susah nak tunjuk rasa sayang dia dan rasa cemburu dia. 
tapi kamu boleh tengok semua tu dari gerak gaya atau perangai dia. 
mereka ni susah nak berterus terang tentang ketidaksukaan nya akan sesuatu perkara sebab mereka takut kalau terguris hati orang yang mereka sayang. 
jadinya, kamu kena faham-faham sendiri la. 
lelaki ni pula kalau dia dah sayang kan seseorang dia tak akan cari lain... 
InsyaAllah kalau hati dia kuat :) 
satu lagi, 
kalau kamu dah tahu apa yang dia cemburukan jangan la cari pasal nak buat lagi...
 mane tak nya, perempuan ni kan suka test2 samada lelaki tu betul-betul sayang kan dia ke tak... hahaha
kalau dah tahu tu tak payah la test2 lagi... 

Sentiasalah berdoa kepada Allah supaya hati dia tetap untuk kamu seorang :)
Dalam perhubungan memang banyak dugaannya..




Jadi, kenali la pasangan kamu baik-baik dan sentiasalah positif dalam hubungan kamu....  
InsyaAllah kekal hingga akhir hayat :)
definisikan cemburu mengikut cara kamu sendiri kerana jika kamu positif kan cemburu tu maka jadilah positif kalau kamu negatif kan cemburu tu.... sendiri tahu la ape bakal jadi hehehe

Itu sahaja untuk hari ini..... jumpa lagi....

sedikit fakta hehe....


Wassalam....m.a z..... ^_^





tumpang lalu nak promote ... huhu

Assalamualaikum.... 

Dikesempatan cuaca cerah hari ni, saya nak promote link ni..... 
link fb ni dituju khas kepada para ibu yang ada anak kecil la... *yang anak dara tu sabar2 ok huhu.....
sebenarnya ni bisnes kakak saya dan saya cuma promote je huhu.... 
dekat link ni, anda2 boleh la cuci mata tengok baju2 baby, toys2 baby ke kan.... 
sebarang pertanyaan boleh la langsung ke link tersebut.....
jangan lupe.....

LIKE... 
dekat bawah ni, ada gambar toys dan baju2 baby yang agak hooootttt.... cuba la tengok :)








nak tengok lagi.... sila lah ke page di bawah :)


enjoy :) tq

Wassalam.... m.a.z

Tuesday, 25 December 2012

hati :)

Assalamualaikum... :)



Hari ni terasa macam nak cerita soal hati pula.... :) huhu 
kalau cakap pasal hati mesti ramai yang pernah alami rasa suka, sayang n cinta kan? haha 
biasalah lumrah seorang manusia mencintai dan dicintai.... 
xsemestinya oleh pasangan tapi oleh keluarga dan rakan-rakan.... 
memang seronok sebenarnya bila kita tahu yang kita disayangi seseorang tapi pernah terfikir tak sebenarnya kita berhadapan dengan satu cabaran yang sangat besar,,, haha cabaran ape pula ni kan???

haha cabaran hati.... 
maksudnya ..
.bila kita dah ikhlas sayang kan seseorang, mesti akan terlintas walaupun secubit la dalam hati ni untuk hidup bersamanya kan? ada rasa macam tu tak? huhu 
semua orang akan rasa benda yang sama tapi tuntuk ke tahap tu, kita kena siapkan kelengkapan yang maksima.... *macam nak pergi perang pon ada ni huhu
kelengkapan yang dimaksudkan bukan sahaja berupa wang ringgit, rumah atau kereta tapi kelengkapan rohani juga penting... 
sebab apa ,,,,,,,, 
sebab alam rumah tangga sangat perlukan kesabaran mental dan fizikal...
 kita juga akan melalui saat-saat yang kita sendiri pun tak pernah bayangkan sebelum kahwin...
memang la perasaan takut tu ada kalau fikir pasal kahwin tapi jangan risau la.... 
Allah sentiasa permudahkan apa yang susah untuk hamba-Nya :)
cuma jangan lupa kalau kita bahagia atau kecewa, 
semuanya ada hikmah dari Allah... 

andai korang tak berjaya dalam percintaan * kecewa* jangan mudah putus asa..... 
saya tahu memang peritnya bila patah hati sebabkan orang yang kita sayangi. tapi sampai bila nak meratap menangis dengan benda yang dah lepas? 
sedangkan kita bergerak ke hadapan....
 jadikanlah masa lalu sebagai satu platform dan satu pengajaran untuk menghadapi masa hadapan... 
Allah itu maha kaya.... 
Allah akan kurniakan yang lebih baik daripada sebelumnya... 

sememangnya perkahwinan itu indah jika kita mengikut jalan yang Allah redhai... 
jadi nikahi dan  cintailah seseorang kerana Allah mudah-mudahan kita mendapat cinta Allah yang hakiki ...... cinta juga x perlu dicari sebab perasaan itu akan datang dengan sendirinya ..... 
kalau rasa tu sampai dekat korang jangan tolak sebab kata orang tua-tua makin ditolak tu la makin dekat dengan kita :)

berdoalah agar Allah menetapkan dia sebagai yang terakhir buatmu........ Amin.....

insyaAllah...... Ameen ^_^

Wassalam...... m.a.z......